Ibn Katsir menulis di dalam kitabnya Bidayah wan Nahiyah bahwa Asma binti Umais bin Maadd bin Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah Abu Bakar ra yang sebelumnya merupakan isteri Jafar bin Abi Talib.
Suatu yang istimewa dengan Asma binti Umais, ia adalah sahabat terdekat Siti Fatimah r.a. Asma lah yang mendampingi Fatimah r.a. dengan setia dan melayaninya dengan penuh kasih-sayang semasa sakit hingga detik-detik terakhir hayatnya. [Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini]

Hijrah ke Madinah
Meskipun hidup di Habsyah aman dan tenang di bawah pemerintahan Najasyi yang adil serta terhindar daripada gangguan kafir Quraisy, hatinya tetap rindu bagi bersama insan mulia dalam menegakkan agama Islam.
Tujuh tahun lamanya dia tinggal di Habsyah sesudah berhijrah ke sana bersama segelintir kaum Muslimin yang lain demi menyelamatkan diri daripada gangguan kafir Quraisy.
Selama itu, mereka begitu akrab dengan Najasyi yang begitu baik kepada mereka. Selepas Najasyi masuk Islam di tangan Jaafar, Asma’ mendapat tempat yang istimewa dalam keluarga raja itu.
Ini terbukti ketika Najasyi menamakan puteranya serupa dengan anaknya, Najasyi meminta Asma’ menyusukan puteranya bersama-sama anaknya.
Selepas menempuh perjalanan yang lama, akhimya rombongan mereka tiba di Madinah. Ketika itu, kaum Muslimin sedang merayakan kemenangan mereka mengalahkan kafir Quraisy dalam perang Khaibar.
“Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!”, Rasulullah dan kaum Muslimin bertakbir memuji kebesaran Allah atas kemenangan mereka itu.

Muslimah Pilihan
Jaafar dan rombongannya tiba di hadapan Rasulullah. Ketika beliau melihat Jaafar, beliau begitu gembira. Beliau segera memeluk Jaafar dan mencium dahinya.
“Demi Allah, aku tidak tahu mana yang lebih menggembirakan diriku, kedatangan Jaafar atau kemenangan Khaibar,” kata Rasulullah kepada seluruh hadirin.
Asma’ dan Jaafar tinggal di Madinah dengan penuh bahagia di samping menimba ilmu yang berharga langsung dari Rasulullah.
Suatu hari, Jaafar mendapat perintah dari Rasulullah supaya berangkat ke Syam memerangi tentera Byzantine di bawah pimpinan Zaid bin Harisah.
Jaafar pun meminta izin sekaligus berpamitan dengan Asma’ yang langsung mendo’akan kemenangan untuk kaum Muslimin.
Usai peperangan, seluruh umat Islam menanti-nanti kepulangan kaum Muslimin. Belum ada khabar berita sama ada kaum Muslim memperoleh kemenangan atau sebaliknya.
Hati Asma’ bergetar saat Rasulullah datang ke rumahnya. Rasulullah mendekati ketiga anak Asma’ lalu mencium mereka dengan air mata berlinang.
“Wahai Rasulullah, apakah yang membuatkan engkau menangis? Apakah engkau telah mendapat kabar tentang Jaafar dan sahabat-sahabatnya?,” tanya Asma’.
“Benar, dia telah gugur syahid hari ini,” jawab Rasulullah.
Mendengar jawaban Rasulullah itu, Asma’ tidak dapat menahan rasa sedihnya. Dia menangis terisak-isak di samping anak-anaknya. Namun, dia tetap sabar demi mengharapkan ridho Allah.

Menjadi Isteri Abu Bakar As-Siddiq
Tidak lama sesudah itu, Asma’ menikah lagi dengan Abu Bakar as-Siddiq, tepatnya setelah isterinya, Ummu Rumaan meninggaI. Asma’ terus setia di samping Abu Bakar, sampai sahabat Rasulullah ini dilantik menjadi khalifah selepas Rasulullah wafat. Asma’ juga bersabar ketika menghadapi saat-saat Abu Bakar sakit keras hingga wafatnya.
Asma’ sangat sedih dengan kematian Abu Bakar. Namun begitu, dia segera menunaikan wasiat Abu Bakar agar memandikan jenazahnya.
Asma’ kembali sendirian membesarkan anak-anaknya. Dia mendidik mereka dengan memohon kepada Allah agar memperbaiki anak-anaknya sehingga mereka akhirnya menjadi imam bagi orang-orang bertakwa.

Menikah Dengan Ali Bin Abi Talib
Sedih yang dialami oleh Asma’ terobat oleh Ali bin Abi Talib. Beliau datang meminang Asma’ selepas Fatimah az-Zahra meninggal.
Ketika Ali bin Abi Talib dilantik sebagai khalifah yang keempat, Asma’ turut memikul tanggungjawab sebagai isteri khalifah bagi kaum muslimin dalam menghadapi peristiwa-peristiwa besar.
Demikianlah Asma’ binti Umais, wanita yang menjadi pendamping kepada tiga pemimpin besar kaum Muslimin, yaitu Jaafar bin Abi Talib, Abu Bakar bin Siddiq dan Ali bin Abi Talib.
Asma’ amat mencintai ketiga suaminya. Katanya, “Aku tidak melihat seorang pemuda dari bangsa Arab yang lebih baik daripada Jaafar, dan aku tidak melihat seorang setengah baya yang lebih baik daripada Abu Bakar, dan Ali tidak kurang kebaikannya dibandingkan kedua-duanya”. ***